Sunday, April 28, 2019

TOPIK 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
"Istilah sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte (1798 – 1857) dalam bukunya Positive Philosophy (1842) dimana istilah ini berasal daripada perkataan latin “sosio” bermaksud “berkongsi”. Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai masyarakat”.

Secara umumnya, Sosiologi merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut.

  • Sistematik dan saintifik = kelogikannya, bukti, akal, kajian terbaru,                                                      pemerhatian, guna generalisasi, merekod,                                                    ada kebenaran, bersistematik, analisis,                                                        bersifat objektif (tiada dipengaruhi                                                              kepercayaan atau nilai) dan soal                                                                  selidik
  • Masyarakat = kumpulan manusia yang saling berhubung yang membentuk                           jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial
  • Sudut = meliputi kepelbagaian budaya, stratifikasi, populasi, politik dan                       sebagainya

Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka.


 Tokoh-Tokoh Sosiologi


 Teori Utama Sosiologi

1. TEORI FUNGSIONALISME:
  • Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.
  • Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri (ada tujuan dan keperluan tertentu)
  • Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat

2. TEORI KONFLIK:
  • Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat.
  • Berlaku konflik dalam struktur masyarakat
  • Mengkritik kapitalisme
  • Persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya.

3. TEORI INTERAKSIONISME:
  • Bagaimana seseorang mengintepretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.
  • mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif.
  • melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia.
  • Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya.
  • Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan hubungan bertambah mesra.

 Pendidikan 

Kajian tentang proses dan hasil pendidikan adalah melibatkan berbagai-bagai disiplin ilmu. Setiap disiplin ilmu memberi tafsiran pendidikan mengikut perspektifnya. Berikut ialah contoh tafsiran pendidikan dari perspektif sosiologi, ekonomi, sains politik dan psikologi,
























                   

Kesimpulannya, Sosiologi & Pendidikan melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas. Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial. Justeru, pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyarakat. Masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi. Oleh yang demikian pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain. Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan (termasuk sekolah) perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi.


 Rujukan
  • http://mselim3.blogspot.com/2015/04/ibnu-khaldun-tokoh-sejarah-islam-yang-ulung.html
  • https://www.biography.com/people/auguste-comte-9254680
  • https://www.biography.com/people/karl-marx-9401219
  • http://www.emiledurkheim.org/
  • https://www.britannica.com/biography/Max-Weber-German-sociologist
  • https://en.wikipedia.org/wiki/George_Herbert_Mead

TOPIK 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN



⇒ Interaksi Dalam Bilik Darjah

  • Interaksi bererti saling tindakan yang berlaku antara sekurang- kurangnya dua pihak.
  • Guru perlu menggalakkan pelajar untuk berinteraksi sama ada dengan guru atau sesama rakan yang lain semasa proses P&P. 
  • Interaksi aktif sesama pelajar dapat melatih mereka berdikari dan mengalami sendiri proses pembelajaran. 
  • Interaksi di bilik darjah boleh berlaku dalam bentuk lisan atau bukan lisan

Jenis Interaksi Dalam Bilik Darjah



Interaksi Berkesan
  • Berlaku apabila mesej oleh penyampai diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. 
  • Sekiranya maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, berlakulah konflik antara keduanya. 
  • Beberapa cara boleh diamalkan oleh guru untuk wujudkan interaksi berkesan, antaranya:
  • Bersikap positif dan percaya kepada pelajar 
  • Bersifat ramah dan mesra  
  • Hormat pada pandangan dan pendapat pelajar 
  • Ketahui latar belakang pelajar  
  • Gunakan bahasa yang mudah difahami 
  • Galakkan pelajar berikan idea atau pandangan 
  • Gunakan nama pelajar ketika berinteraksi

⇒ Komunikasi


  • Komunikasi (communication) = Pengaliran maklumat dari sumber                                                                pengeluar maklumat ke sumber                                                                    penerima maklumat. 
  • Proses interaksi untuk menyalurkan maklumat dengan menggunakan satu bahasa.
  • Menurut kamus komunikasi = interaksi adalah proses saling                                                                      mempengaruhi dalam bentuk perilaku                                                          atau kegiatan di antara anggota-                                                                  anggota masyarakat (Effendy.                                                                      1989: 184).
  • Individu, emosi, perlakuan dan tindak balas dapat dianalisis melalui interaksi dengan individu lain melalui proses interaksi dalam kehidupan sosial mereka. 
  • Individu-individu ini berinteraksi menggunakan simbol-simbol iaitu mengandungi tanda-tanda, isyarat dan kata-kata (Mead 1934).

Bentuk Komunikasi

Secara umumnya ia terbahagi kepada: 

1. Komunikasi lisan (oral communication) – bahasa, intonasi suara, dialek 

2. Komunikasi tanpa lisan – gerak isyarat (body language) cth: senyuman, genggaman tangan, anggukan kepala, ‘eye contact’ 

3. Komunikasi persuratan (written communication) 

4. Komunikasi visual (visual communication)


Elemen Dalam Proses Komunikasi

Proses Komunikasi

⇒ Kemahiran Komunikasi Berkesan
  • Interaksi dan komunikasi yang hanya menggunakan akal atau hanya menggunakan perasaan akan menjadi tidak berkesan. 
  • Seseorang yang berkomunikasi dengan berkesan akan menggunakan kesemua deria manusia dengan bijaksana. 
  • Terdapat beberapa kemahiran yang terlibat iaitu :

1. Kemahiran Tingkah Laku: 
  • Komunikasi mata 
  • Kedudukan tubuh dan pergerakan
  • Mimik muka dan air muka 
  • Keterampilan 
  • Suara
2. Kemahiran Menimbulkan Minat Orang 
  • Libatkan pendengar 
  • Menghiburkan 
  • Mengenal pasti keistimewaan orang lain 
  • Membawa topik perbualan yang anda mahir  
 3. Kemahiran Memberi Perhatian 
  • Mendengar dengan aktif 
  • Menumpukan sepenuh perhatian dengan pertembungan mata 
  • Mata tidak liar ke sana ke mari, tidak kerap melihat jam atau meninjau-ninjau keluar 
  • Duduk ke hadapan sedikit menghadap orang yang bercakap 
  • Memberi maklum balas lisan atau bukan lisan yang positif seperti perkataan ‘ya’ atau mengangguk-angguk kecil
 4. Kemahiran Mendengar 
  • Mendengar adalah asas penting dalam komunikasi lisan 
  • membantu pengumpulan maklumat atau mesej dan memperbaiki kefahaman tentang  kelakuan orang lain 
  • Mendengar yang dimaksudkan ialah kemahiran mendengar secara aktif dan komprehensif yang melibatkan beberapa deria yang utama iaitu telinga, mata, mulut dan hati 
  • Telinga = untuk mendengar dengan aktif apa yang dicakapkan,                   suara dan nada suara yang boleh menggambarkan                     perasaan 
  • Mata = untuk melihat komunikasi bukan lisan yang nyata dan                 tidak nyata 
  • Mulut = untuk bersuara mengemukakan pertanyaan atau                        memberi maklum balas 
  • Hati = untuk sama-sama memahami perasaan yang lahir                      bersamanya dengan ikhlas
5. Kemahiran Pemerhatian  
  • Pemerhatian boleh membantu mengesan maklumat bukan lisan yang dilahirkan atau tersembunyi 
  • Seorang pendengar pemerhati yang mahir dapat melihat dan membaca apa yang ada di dalam perasaan seseorang 
  • Gambaran mimik muka adalah yang paling hampir dengan perasaan 
  • Gambaran air muka yang bersahaja atau air muka yang berubah secara tiba-tiba boleh memberikan mesej dengan baik 
  • Mata juga memainkan peranan penting dalam memberi gambaran minda dan perasaan. Contohnya: seorang yang sudah bosan dengan perbualan biasanya akan kerap melemparkan pandangan ke tempat lain, meninjau-ninjau atau melihat jam
6. Kemahiran Mengemukakan Soalan 
  • Soalan digunakan bagi mendapatkan  atau memberikan maklum balas. 
  • Kemukakan soalan yang tepat bagi mendapatkan maklum balas yang tepat.
7. Kemahiran Memberi Refleksi Perasaan 
  • Kemahiran membaca perasaan orang lain adalah penting untuk mendapatkan mesej yang tepat 
  • Menggunakan kaedah merumus dan mengulangi apa yang dikatakan dalam ayat sendiri (rephrasing atau paraphrasing) 
  • Tujuannya ialah bagi mendapatkan kesahihan mengenai kefahaman anda tentang perasaannya dalam masa yang sama anda seolah-olah bersama  dengannya menyelami perasaan tersebut
8. Kemahiran Memberi Maklum balas 
  • Maklum balas hendaklah diberi dengan cara jelas supaya tindakan dapat diambil oleh kedua-dua belah pihak bagi memperbaiki lagi ketepatan mesej. 

⇒ Rujukan

TOPIK 3 : PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

PENGURUSAN PEMBELAJARAN


⇒ Pengurusan Pembelajaran

Proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang (Nurlia Mohamad, komunikasi peribadi, 26 Disember 2012).


Kepentingan Pengurusan Pembelajaran

1. Berperanan dalam meningkatkan prestasi pelajar
2. Berfungsi dalam penyampaian ilmu iaitu berpandukan sukatan pelajaran
3. Mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran
4. Meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan


Konsep Mengurus Pembelajaran

1Merancang
a) Merancang objektif pelajaran berdasarkan sukatan pelajaran,pengetahuan sedia ada murid.  
b) Merancang pemeringkatan isi  pelajaran.  
c) Merancang strategi dan kaedah pengajaran.   
d) Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  
e) Merancang bahan-bahan pengajaran.  
f) Merancang aktiviti kumpulan.  
g) Merancang kemudahan dan susunan fizikal bilik darjah.  
h) Merancang aktiviti penilaian. 
2. Mengelola
a) Mengurus rutin bilik darjah. 
b) Mengurus aktiviti murid
c) Mengurus bahan-bahan pelajaran. 
d) Mengurus disiplin bilik darjah. 
e) Mengurus aktiviti kumpulan. 
f) Mengurus kaedah fizikal dan kemudahan. 
g) Mengurus aktiviti penilaian
3. Mengawal
a) Mengawal peraturan-peraturan bilik darjah.
b) Mengawal aktiviti kumpulan. 
c) Mengawal murid bermasalah peribadi. 
d) Memastikan maslah disiplin tidak timbul. 
e) Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan tanpa gangguan.
4.  Mengarah
a) Mengarah murid menjawab soalan guru
b) Mengarah murid mendengar membaca,mengira dan menulis. 
c) Mengarah murid-murid membentuk kumpulan masing-masing. 
d) Mengarah murid menguruskan tugas harian bilik darjah. 
e) Mengarah murid menjalankan aktiviti pembelajaran. 
f) Mengarah murid mematuhi disiplin bilik darjah dan sebagainya. 

Persediaan Rancangan Kerja

Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu membuat perancangan iaitu Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) terlebih dahulu. Perancangan tersebut perlu mempunyai objektif, teknik dan kaedah yang sesuai dengan topik pelajaran yang akan diajar. Buku rekod dan jadual juga perlu disediakan. Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran perlulah sesuai dengan bahan-bahan pelajaran yang digunakan dalan proses P&P. Penyediaan alat bantu mengajar seperti buku teks, buku rujukan dan alat bantu mengajar juga perlu bersesuaian.


Tahap Pengurusan Kurikulum

TAHAP
PERKARA
1.Perancangan/Set Induksi


2.Implementasi/Penyampaian



3.Penilaian
1.Analisis keperluan dan persiapan dokumen kurikulum/aktiviti ringkas bagi menarik minat dan perhatian

2.Pelaksanaan sebenar kurikulum di bilik darjah/apakah langkah guru dan pelajar (aktiviti) sesuai dengan masa, bahan, aras pencapaian

3.Penilaian bagi keperluan pembaikan atau perubahan kurikulum/mengukuh isi, penilaian, merumus


 ⇒ Prinsip Pembelajaran
  • Latihan – murid dapat mengaplikasi apa dipelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima dari guru 
  • Kondusif: suasa pembelajaran yang selesa dari segi minda, fizikal, emosi, rohani 
  • Bermatlamat: pengajaran berfokus akan memudahkan murid mengikuti secara teratur dan sisitematik dari senang ke susah, maujud ke abstrak dekat kepada jauh dll 
  • Penglibatan aktif: pelajar perlu dilibatkan dalam proses p&p supaya pengajaran lebih hidup, ceria dan bermakna 
  • Persediaan awal: Persediaan guru dari segi memahami kandungan, persediaan bahan, latar belakang murid 
  • Mengkaji murid: analisis terhadap minat, kecenderungan, bakat, keperluan 
  • Unsur dorongan: Suasana pengajaran berbentuk dorongan dan meyakinkan murid. Elakkan merendahkan keupayaan. Banyakkan pujian, sokongan, penghargaan guru.

⇒ Faktor Mempengaruhi Kesediaan Pelajar
  •  Kematangan fizikal- berupaya dari segi kognitif, afaktif dan kemahiran
  • Mengekalkan perhatian – beri tumpuan pengajaran guru, tumpuan mendengar, tumpuan minat 
  • Dorongan: penggerak untuk menimbul dan mengekalkan minat 
  • Sosial dan persekitaran: ajar murid sedia menerima orang lain, prihatin terhadap sekitar, tidak egosentrik, sedia terima pendapat 
  • Pengalaman sedia: murid lebih sedia dan yakin belajar sekiranya bahan pembelajaran berkaitan dengan pengalaman mereka

⇒ Rujukan
  • Arends, R.I. (2001). Learning to teach. (5th ed.) New York: McGraw-Hill Co.Abdullah Sani Yahaya (2005). 
  • Mengurus Sekolah. Pahang Darul Makmur: PTS Profesional ; Publishing Sdn. Bhd.
  • Blandford, S. (2004). School Discipline Manual a Practical Guide to Managing Behaviour in Schools. Harlow: Pearson Education.
  • Burden, P.R. (2003). Classroom management creating a successful learning community. (2nd ed.); New York : Wiley

TOPIK 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

KEPIMPINAN ORGANISASI


⇒ Kepimpinan
  • Satu proses mempengaruhi aktiviti kumpulan dalam usaha menetapkan dan seterusnya mencapai matlamat organisasi (Stogdill 1950).
  • Satu proses di mana seorang individu secara konsisten memberi lebih banyak impak terhadap sifat dan aktiviti kumpulan berbanding orang lain(Kellerman 1984).
  • Satu proses memujuk atau mempengaruhi di mana pemimpin atau kumpulan pemimpin mempengaruhi para pengikut untuk mengambil tindakan yang menjurus kepada pengukuhan matlamat pemimpin dan matlamat bersama (Sergiovanni 1989)

Gaya Kepimpinan


Kepimpinan Pengajaran

• Turut dikenali sebagai kepimpinan instruksional, kepimpinan kurikulum,                         kepimpinan pendidikan 
• Segala tindakan oleh pengetua atau pihak-pihak yang diamanahkan untuk 
   menggalakkan pertumbuhan pembelajaran murid-murid (De Bevoise 1984). 
• Pemimpin pengajaran adalah berkait dengan pengajaran dan pembelajaran                   termasuk pembelajaran profesion perguruan dan juga perkembangan                           pelajar (Southworth 2002). 
• Kebolehan memberi tumpuan kepimpinan, galakan, dan sokongan kepada                     guru dan pelajar untuk mengatasi masalah dan memperbaiki serta                               mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah                                         (Abdul Ghani, Abd. Rahman, Mohammed Zohir 2008)


Ciri-ciri Kepimpinan Pengajaran
  • Merangka dan menjelaskan matlamat kepada komuniti sekolah. 
  • Mengurus kurikulum. 
  • Memantau kemajuan pelajar. 
  • Mengawal waktu pembelajaran. 
  • Keterlibatan. 
  • Menggalakkan peningkatan profesional. 
  • Memberi insentif.

Kepimpinan Bilik Darjah

- Kemahiran guru untuk mengurus diri sendiri dan berkomunikasi 
  dengan orang lain. 
- Keupayaan untuk menyampaikan visi kepada murid-murid dan 
  meyakinkan mereka supaya mengikut visi tersebut (Hook dan Vass 2000)

Ciri-ciri Kepimpinan Bilik Darjah
  • Membina kefahaman dan visi (diri dan pelajar) 
  • Menyampaikan visi kepada pelajar dengan berkesan 
  • Menilai hasil kerja, t/laku pelajar 
  • Mencungkil potensi pelajar 
  • Mencipta persekitaran pembelajaran menggalakkan

⇒ Organisasi

Organisasi dianggotai oleh sekumpulan individu yang bekerja bersama-sama ke arah mencapai matlamat yang sama. Organisasi sebagai satu unit sosial yang mengandungi manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat setiap manusia itu dan organisasinya. Organisasi juga merupakan himpunan individu (dua atau lebih) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja, yang diselaraskan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.

Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • KPM ialah organisasi yang mengurus dan mentadbir sistem pendidikan negara.
  • Struktur dan organisasi KPM dibentuk berdasarkan kepada sistem politik danpentadbiran negara. Sistem pendidikan di Malaysia merupakan sistempendidikan berpusat.
  • Struktur organisasi KPM adalah sangat besar, namun secara ringkasterbahagi kepada lima peringkat iaitu;
  • Eksekutif
  • Pengurusan
  • Penyeliaan
  • Teknikal
  • Pelaksana



⇒ Pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia
  
                                                            Menteri Pendidikan Malaysia
                                                                 YB Dr Maszlee Malek

                                                            Timb. Menteri Pendidikan
                                                                 YB Teo Nie Ching

⇒ Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia

                                                            Ketua Pengarah Pelajaran
                                                       YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin



Jabatan Pendidikan Negeri
  • Diketuai oleh Pengarah Pendidikan Negeri (Pendaftar) dan dibantu oleh dua orang Timbalan Pengarah. 
  • Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan program-program, projek-projek, dan aktiviti pendidikan dalam negeri masing-masing. 
  • Bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengarah Pelajaran. 
  • Di Sarawak dan Sabah, Pengarah Pendidikan Negeri bertanggungjawab kepada Ketua Menteri

Pejabat Pendidikan Derah
  • Memberi khidmat nasihat kepada pengetua/guru besar 
  • Membantu sekolah berkaitan perkembangan kurikulum 
  • Mengenal pasti guru-guru yang perlu menghadiri kursus 
  • Membantu Lembaga Peperiksaan dalam urusan peperiksaan. 
  • Kemasukan murid ke sekolah dan pertukaran murid.

    ⇒ Rujukan
    • https://leaderonomics.com/bm/artikel/perilaku-pemimpin-dan-gaya-kepimpinan
    • A.L.Ramaiah. (1999). Kepimpinan Pendidikan-Cabaran Masa Kini(edisi baru). Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd
    • Moejiano Imam. (2002). Kepimpinan dan Keorganisasian. Jogakarta: UII Press
    • Shahril @ Charil Marzuki. (2001). Ciri-ciri kepimpinan pengetua / guru besar berkesan yang dapat menghadapi cabaran dan harapan pada abad ke-21 ini. Pemimpin, 1(1)

    TOPIK 5 : PENGURUSAN MURID

    PENGURUSAN MURID


    Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.

    ⇒ Mengurus Rekod Murid

    Mengurus rekod murid ini merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru. Pengurusan rekod murid dikaitkan dengan aktiviti mencatat bidang pengurusan yang bertanggungjawab untuk menjaga, bersistematik mengawal penciptaan, penerimaan, penggunaan dan ciri rekod termasuklah proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod.

    Terdapat beberapa perkara yang harus dipertimbangkan semasa menghasilkan rekod iaitu tujuan, aspek, perincian dan juga pertimbangan yang praktikal. Rekod murid yang dibuat harus dilindungi dan dijaga dengan baik kerana mengandungi maklumat yang boleh memberitahu guru mengenai persekitaran setiap anak muridnya. Rekod yang ingin dibuat juga perlu dibuat dengan rapi dan sistematik kerana sistem rekod murid yang baik akan dapat membantu guru untuk merancang sistem pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan efisien.



    ⇒ Konsep kesediaan pelajar

    Keadaan dalam diri sendiri yang ada pada seseorang yang bersedia dan berkebolehan untuk memperolehi sesustu pengalaman pembelajaran yang baru


    Jenis kesediaan belajar

    Kesediaan belajar bergantung kepada kelengkapan diri sendiri dari segi perkembangan mental, sikap, emosi dan fizikal.


    Faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar

    Pengalaman
    • Prinsip kepada proses pengajaran dan pembelajaran
    • Membantu pelajar menguasai isi pelajaran

    - Kematangan 

    MENTAL
             ↓         
    FIZIKAL
    EMOSI
    SOSIAL


    Masalah perbezaan kesediaan belajar
    ⇒ Memotivasikan Pelajar

     Konsep Motivasi - Tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri 
                             - Akan membangkitkan respond untuk mencapai tujuan yang                                         ingin dicapai pada akhirnya 
                             - Bantuan daripada guru menyebabkan murid sentiasa                                                   berusaha bersungguh -sungguh 

    Hubungan Motivasi Murid dan Pembelajaran

    Murid motivasi Rendah
    Murid Motivasi Tinggi
         ·       Aktiviti berbentuk tidak mencabar.
         ·       Tidak peduli tentang prestasi diri.
         ·       Pasif dan malas dalam                            pembelajaran.
         ·       Aktiviti sentiasa berbentuk                      mencabar.
         ·       Sentiasa menyemak prestasi diri.
         ·       Kritis dan kreatif dalam                          pembelajaran


    Teknik Motivasi

    Cara Guru Meningkatkan Motivasi Pelajar 

    1. Persekitaran P & P 
    • menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif untuk pelajarnya. 
    • tentukan sasaran dan taraf pencapaian akademik yang perlu dicapai oleh pelajarnya. 
    • tentukan penglibatan pelajar2 dalam semua aktiviti pembelajaran di dalam atau di luar kelas
    2. Pembelajaran koperatif dan kolaboratif 
    • mewujudkan suasana tolong menolong antara pelajar. 
    • mendorong pelajar lemah untuk meningkatkan pencapaian kerja mereka


    ⇒ Rujukan
    • Rahil Mahyuddin. (2002). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Shah Alam: Karisma Publications.
    • Mok Soon Sang. (2001 ). Psikologi Pendidikan Semester 1.