⇒ Interaksi Dalam Bilik Darjah
- Interaksi bererti saling tindakan yang berlaku antara sekurang- kurangnya dua pihak.
- Guru perlu menggalakkan pelajar untuk berinteraksi sama ada dengan guru atau sesama rakan yang lain semasa proses P&P.
- Interaksi aktif sesama pelajar dapat melatih mereka berdikari dan mengalami sendiri proses pembelajaran.
- Interaksi di bilik darjah boleh berlaku dalam bentuk lisan atau bukan lisan
Jenis Interaksi Dalam Bilik Darjah
Interaksi Berkesan
- Berlaku apabila mesej oleh penyampai diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima.
- Sekiranya maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, berlakulah konflik antara keduanya.
- Beberapa cara boleh diamalkan oleh guru untuk wujudkan interaksi berkesan, antaranya:
- Bersikap positif dan percaya kepada pelajar
- Bersifat ramah dan mesra
- Hormat pada pandangan dan pendapat pelajar
- Ketahui latar belakang pelajar
- Gunakan bahasa yang mudah difahami
- Galakkan pelajar berikan idea atau pandangan
- Gunakan nama pelajar ketika berinteraksi
⇒ Komunikasi
- Komunikasi (communication) = Pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat.
- Proses interaksi untuk menyalurkan maklumat dengan menggunakan satu bahasa.
- Menurut kamus komunikasi = interaksi adalah proses saling mempengaruhi dalam bentuk perilaku atau kegiatan di antara anggota- anggota masyarakat (Effendy. 1989: 184).
- Individu, emosi, perlakuan dan tindak balas dapat dianalisis melalui interaksi dengan individu lain melalui proses interaksi dalam kehidupan sosial mereka.
- Individu-individu ini berinteraksi menggunakan simbol-simbol iaitu mengandungi tanda-tanda, isyarat dan kata-kata (Mead 1934).
Bentuk Komunikasi
Secara umumnya ia terbahagi kepada:
1. Komunikasi lisan (oral communication) – bahasa, intonasi suara, dialek
2. Komunikasi tanpa lisan – gerak isyarat (body language) cth: senyuman, genggaman tangan, anggukan kepala, ‘eye contact’
3. Komunikasi persuratan (written communication)
4. Komunikasi visual (visual communication)
Elemen Dalam Proses Komunikasi
Proses Komunikasi
⇒ Kemahiran Komunikasi Berkesan
- Interaksi dan komunikasi yang hanya menggunakan akal atau hanya menggunakan perasaan akan menjadi tidak berkesan.
- Seseorang yang berkomunikasi dengan berkesan akan menggunakan kesemua deria manusia dengan bijaksana.
- Terdapat beberapa kemahiran yang terlibat iaitu :
- Komunikasi mata
- Kedudukan tubuh dan pergerakan
- Mimik muka dan air muka
- Keterampilan
2. Kemahiran Menimbulkan Minat Orang
- Suara
- Libatkan pendengar
Menghiburkan
Mengenal pasti keistimewaan orang lain
3. Kemahiran Memberi Perhatian
Membawa topik perbualan yang anda mahir
- Mendengar dengan aktif
- Menumpukan sepenuh perhatian dengan pertembungan mata
- Mata tidak liar ke sana ke mari, tidak kerap melihat jam atau meninjau-ninjau keluar
- Duduk ke hadapan sedikit menghadap orang yang bercakap
4. Kemahiran Mendengar
- Memberi maklum balas lisan atau bukan lisan yang positif seperti perkataan ‘ya’ atau mengangguk-angguk kecil
- Mendengar adalah asas penting dalam komunikasi lisan
- membantu pengumpulan maklumat atau mesej dan memperbaiki kefahaman tentang kelakuan orang lain
- Mendengar yang dimaksudkan ialah kemahiran mendengar secara aktif dan komprehensif yang melibatkan beberapa deria yang utama iaitu telinga, mata, mulut dan hati
- Telinga = untuk mendengar dengan aktif apa yang dicakapkan, suara dan nada suara yang boleh menggambarkan perasaan
- Mata = untuk melihat komunikasi bukan lisan yang nyata dan tidak nyata
- Mulut = untuk bersuara mengemukakan pertanyaan atau memberi maklum balas
- Hati = untuk sama-sama memahami perasaan yang lahir bersamanya dengan ikhlas
5. Kemahiran Pemerhatian
- Pemerhatian boleh membantu mengesan maklumat bukan lisan yang dilahirkan atau tersembunyi
- Seorang pendengar pemerhati yang mahir dapat melihat dan membaca apa yang ada di dalam perasaan seseorang
- Gambaran mimik muka adalah yang paling hampir dengan perasaan
- Gambaran air muka yang bersahaja atau air muka yang berubah secara tiba-tiba boleh memberikan mesej dengan baik
6. Kemahiran Mengemukakan Soalan
- Mata juga memainkan peranan penting dalam memberi gambaran minda dan perasaan. Contohnya: seorang yang sudah bosan dengan perbualan biasanya akan kerap melemparkan pandangan ke tempat lain, meninjau-ninjau atau melihat jam
- Soalan digunakan bagi mendapatkan atau memberikan maklum balas.
- Kemukakan soalan yang tepat bagi mendapatkan maklum balas yang tepat.
7. Kemahiran Memberi Refleksi Perasaan
- Kemahiran membaca perasaan orang lain adalah penting untuk mendapatkan mesej yang tepat
- Menggunakan kaedah merumus dan mengulangi apa yang dikatakan dalam ayat sendiri (rephrasing atau paraphrasing)
8. Kemahiran Memberi Maklum balas
- Tujuannya ialah bagi mendapatkan kesahihan mengenai kefahaman anda tentang perasaannya dalam masa yang sama anda seolah-olah bersama dengannya menyelami perasaan tersebut
- Maklum balas hendaklah diberi dengan cara jelas supaya tindakan dapat diambil oleh kedua-dua belah pihak bagi memperbaiki lagi ketepatan mesej.
⇒ Rujukan
No comments:
Post a Comment