Sunday, April 28, 2019

TOPIK 12 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA



⇒ Pemulihan

Program pemulihan merupakan “Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.” Murid pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.

Konsep Pemulihan

- Mengutamakan Prinsip ‘Menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak              kronik.
- Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan                          segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran                                    berbanding rakan sebayanya
- Melalui program pemulihan khas, keperluan–keperluan murid berpencapaian                rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.


Ciri-ciri kanak pemulihan
  • Rendah diri 
  • Pasif
  • Mengganggu rakan
  • Kerap tidak hadir sekolah
  • Lemah pemahaman
  • Malas
  • Cepat bosan

⇒ Pengayaan

- Memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu                    kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal                                    daripada itu.- Murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan                perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar

Konsep
  • Melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas.
  • Dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas.
  • Bercorak belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima.

Objektif

Membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. 

Jenis Pengayaan

- Pengayaan (mendatar) adalah aktivitiyang berdasarkan kepada                                    kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan.
- Pengayaan (menegak) adalah aktivitiyang berdasarkan minat dan                                bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.

⇒ Berkeperluan Khas

“individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, cognitive or behavioural characteristics. Many of these children may require educational program customized to their unique needs” -Garciulo (2003)

Teori Kecerdasan Pelbagai

- Diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983.
- Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata                tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya,                                          persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran.
- Memperkenalkan 9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan                        individu.


⇒ Rujukan

No comments:

Post a Comment