Sunday, April 28, 2019

TOPIK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

SEKOLAH DAN PERSEKITARAN



⇒ Hubungan Sekolah Dengan Ibubapa Dan Masyarakat


Hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan masyarakat:

• mencapai matlamat atau objektif yang sama
• perlu ada hubungan yang mantap dan akrab
• gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada semua pihak yang terlibat

Masyarakat juga akan memiliki ‘sense of belonging’ dan collegiality’ dalam mencapai sekolah yang mempunyai ciri ‘effectiveness, continues improvement and sustainable change’.

Matlamat Perkongsian
  1. Sekolah sebagai sebuah institusi sosial tidak wujud bersendirian.
  2. Sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang kompleks, (tidak perlu timbul keraguan dan salah faham.)
  3. Memerlukan keprihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat dalam mengatasinya.

Kepentingan Perkongsian

  • Masyarakat dan Sekolah: Saling memerlukan
  • Sekolah sebagai agen perubahan masyarakat
  • Masalah masyarakat merupakan masalah sekolah juga.
  • Budaya adalah hak masyarakat.
  • Sekolah yang selamat memerlukan penglibatan masyarakat.


⇒ Hubungan Sekolah Dan Ibubapa (PIBG)

Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Tindakan PIBG membela nasib guru: (bersemangat dan selesa ketika bertugas). Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru.

Perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. Kepakaran dan pengalaman anggota masyarakat amatlah dialu-alukan. Penglibatan aktif PIBG dapat mencabar minda, menarik minat dan memberikan motivasi yang tinggi kepada pelajar. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah sebuah organisasi yang penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah antaranya pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilangdan pengurusan PIBG harus cekap dan berkesan. Sebarang perbezaan dari segi pandangan dan pendapat dalam kalangan kita bukanlah penghalang. Menambahkan dana persatuan dengan inisiatif dan kerjasama pucuk pimpinan dan semua ahli persatuan. Satu strategi yang boleh dilaksanakan ialah dengan merapatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa melalui PIBG.


Hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan pemuafakatan yang saling memerlukan ibarat aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan masyarakat 1 Malaysia.



⇒ Rujukan
  • Malaysia, K. P. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Online)(www. moe. gov. my).
  • Razak, A. Z. A. (2006). Ciri iklim sekolah berkesan: Implikasinya terhadap motivasi pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 31.
  • Seng, T. W. (2005). Penyelidikan tindakan: Perkembangan profesionalisme ke arah pengamalan reflektif dan penambahbaikan sekolah. Dalam Prosiding Penyelidikan Tindakan tahun, 3-4.

No comments:

Post a Comment