"Istilah sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte (1798 – 1857) dalam bukunya Positive Philosophy (1842) dimana istilah ini berasal daripada perkataan latin “sosio” bermaksud “berkongsi”. Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud “pengetahuan mengenai masyarakat”.
Secara umumnya, Sosiologi merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut.
- Sistematik dan saintifik = kelogikannya, bukti, akal, kajian terbaru, pemerhatian, guna generalisasi, merekod, ada kebenaran, bersistematik, analisis, bersifat objektif (tiada dipengaruhi kepercayaan atau nilai) dan soal selidik
- Masyarakat = kumpulan manusia yang saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial
- Sudut = meliputi kepelbagaian budaya, stratifikasi, populasi, politik dan sebagainya
Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka.
⇒ Tokoh-Tokoh Sosiologi
⇒ Teori Utama Sosiologi
1. TEORI FUNGSIONALISME:
- Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.
- Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri (ada tujuan dan keperluan tertentu)
- Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyarakat
- Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat.
- Berlaku konflik dalam struktur masyarakat
- Mengkritik kapitalisme
- Persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya.
- Bagaimana seseorang mengintepretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.
- mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif.
- melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia.
- Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya.
- Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana makna-makna berkenaan menyebabkan hubungan bertambah mesra.
Kajian tentang proses dan hasil pendidikan adalah melibatkan berbagai-bagai disiplin ilmu. Setiap disiplin ilmu memberi tafsiran pendidikan mengikut perspektifnya. Berikut ialah contoh tafsiran pendidikan dari perspektif sosiologi, ekonomi, sains politik dan psikologi,
Kesimpulannya, Sosiologi & Pendidikan melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas. Pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial. Justeru, pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyarakat. Masyarakat sangat berkait rapat dengan sosiologi. Oleh yang demikian pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain. Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan (termasuk sekolah) perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi.
⇒ Rujukan
- http://mselim3.blogspot.com/2015/04/ibnu-khaldun-tokoh-sejarah-islam-yang-ulung.html
- https://www.biography.com/people/auguste-comte-9254680
- https://www.biography.com/people/karl-marx-9401219
- http://www.emiledurkheim.org/
- https://www.britannica.com/biography/Max-Weber-German-sociologist
- https://en.wikipedia.org/wiki/George_Herbert_Mead
No comments:
Post a Comment