⇒ Pengurusan Pembelajaran
Proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang (Nurlia Mohamad, komunikasi peribadi, 26 Disember 2012).
Kepentingan Pengurusan Pembelajaran
1. Berperanan dalam meningkatkan prestasi pelajar
2. Berfungsi dalam penyampaian ilmu iaitu berpandukan sukatan pelajaran
3. Mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran
4. Meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan
1. Berperanan dalam meningkatkan prestasi pelajar
2. Berfungsi dalam penyampaian ilmu iaitu berpandukan sukatan pelajaran
3. Mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran
4. Meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan
Konsep Mengurus Pembelajaran
1. Merancang
1. Merancang
a) Merancang objektif pelajaran berdasarkan sukatan pelajaran,pengetahuan sedia ada murid.
b) Merancang pemeringkatan isi pelajaran.
c) Merancang strategi dan kaedah pengajaran.
d) Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
e) Merancang bahan-bahan pengajaran.
f) Merancang aktiviti kumpulan.
g) Merancang kemudahan dan susunan fizikal bilik darjah.
h) Merancang aktiviti penilaian.
2. Mengelola
a) Mengurus rutin bilik darjah.
b) Mengurus aktiviti muridc) Mengurus bahan-bahan pelajaran.
d) Mengurus disiplin bilik darjah.
e) Mengurus aktiviti kumpulan.
f) Mengurus kaedah fizikal dan kemudahan.
g) Mengurus aktiviti penilaian
3. Mengawal
a) Mengawal peraturan-peraturan bilik darjah.b) Mengawal aktiviti kumpulan.
c) Mengawal murid bermasalah peribadi.
d) Memastikan maslah disiplin tidak timbul.
e) Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan tanpa gangguan.
4. Mengarah
a) Mengarah murid menjawab soalan gurub) Mengarah murid mendengar membaca,mengira dan menulis.
c) Mengarah murid-murid membentuk kumpulan masing-masing.
d) Mengarah murid menguruskan tugas harian bilik darjah.
e) Mengarah murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
f) Mengarah murid mematuhi disiplin bilik darjah dan sebagainya.
Persediaan Rancangan Kerja
Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu membuat perancangan iaitu Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) terlebih dahulu. Perancangan tersebut perlu mempunyai objektif, teknik dan kaedah yang sesuai dengan topik pelajaran yang akan diajar. Buku rekod dan jadual juga perlu disediakan. Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran perlulah sesuai dengan bahan-bahan pelajaran yang digunakan dalan proses P&P. Penyediaan alat bantu mengajar seperti buku teks, buku rujukan dan alat bantu mengajar juga perlu bersesuaian.
Tahap Pengurusan Kurikulum
Tahap Pengurusan Kurikulum
TAHAP
|
PERKARA
|
1.Perancangan/Set Induksi
2.Implementasi/Penyampaian
3.Penilaian
|
1.Analisis keperluan dan persiapan dokumen kurikulum/
2.Pelaksanaan sebenar kurikulum di bilik darjah/a
3.Penilaian bagi keperluan pembaikan atau perubahan kurikulum/m
|
⇒ Prinsip Pembelajaran
- Latihan – murid dapat mengaplikasi apa dipelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima dari guru
- Kondusif: suasa pembelajaran yang selesa dari segi minda, fizikal, emosi, rohani
- Bermatlamat: pengajaran berfokus akan memudahkan murid mengikuti secara teratur dan sisitematik dari senang ke susah, maujud ke abstrak dekat kepada jauh dll
- Penglibatan aktif: pelajar perlu dilibatkan dalam proses p&p supaya pengajaran lebih hidup, ceria dan bermakna
- Persediaan awal: Persediaan guru dari segi memahami kandungan, persediaan bahan, latar belakang murid
- Mengkaji murid: analisis terhadap minat, kecenderungan, bakat, keperluan
- Unsur dorongan: Suasana pengajaran berbentuk dorongan dan meyakinkan murid. Elakkan merendahkan keupayaan. Banyakkan pujian, sokongan, penghargaan guru.
⇒ Faktor Mempengaruhi Kesediaan Pelajar
- Kematangan fizikal- berupaya dari segi kognitif, afaktif dan kemahiran
- Mengekalkan perhatian – beri tumpuan pengajaran guru, tumpuan mendengar, tumpuan minat
- Dorongan: penggerak untuk menimbul dan mengekalkan minat
- Sosial dan persekitaran: ajar murid sedia menerima orang lain, prihatin terhadap sekitar, tidak egosentrik, sedia terima pendapat
- Pengalaman sedia: murid lebih sedia dan yakin belajar sekiranya bahan pembelajaran berkaitan dengan pengalaman mereka
⇒ Rujukan
- Arends, R.I. (2001). Learning to teach. (5th ed.) New York: McGraw-Hill Co.Abdullah Sani Yahaya (2005).
- Mengurus Sekolah. Pahang Darul Makmur: PTS Profesional ; Publishing Sdn. Bhd.
- Blandford, S. (2004). School Discipline Manual a Practical Guide to Managing Behaviour in Schools. Harlow: Pearson Education.
- Burden, P.R. (2003). Classroom management creating a successful learning community. (2nd ed.); New York : Wiley
No comments:
Post a Comment