Sunday, April 28, 2019

TOPIK 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGURUSAN BILIK DARJAH



Pengurusan bilik darjah ialah proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran.


⇒ Aktiviti Pengajaran Individu

Pengajaran individu membenarkan murid menguasai kemahiran mengikut kebolehan mereka. Seorang guru harus memerhati dan mengetahui perbezaan ini. Ia dapat dikesan melalui banyak kemahiran iaitu kemahiran bertutur, membaca, menulis, mengira, menyelesaikan masalah, melukis dan menggunakan peralatan dan bahan. Pengawasan yang baik oleh guru akan meningkatkan potensi pelajar.

Pengajaran individu boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti dalam kumpulan yang kecil. Oleh itu, guru harus menyediakan situasi pembelajaran yang dapat meransang murid untuk belajar. Pada amnya, murid mengalami proses pembelajaran secara individu berbanding berkumpulan walaupun ketika di dalam kelas sama ada secara formal atau tidak formal.

Objektif pengajaran ini ialah membolehkan murid menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira mengikut kebolehan masing-masing.
Murid mendapat panduan khusus daripada guru atau rakan sebaya akan kelemahan dan kekuatan mereka. Seterusnya, murid dapat memperkembangkan kemahiran berfikir dan bertindak sendiri dengan cara yang betul. Murid juga mendapat keyakinan diri dan mempunyai motivasi
untuk belajar serta mempunyai daya usaha untuk belajar dengan
sendiri tanpa bantuan orang lain.


Sebagai seorang guru, kita perlu mengumpul maklumat murid. Contohnya, apabila murid itu dapat menguasai kebolehan lain, guru perlu merekod prestasi murid tersebut sebagai panduan untuk merancang pengajaran yang sesuai dengan kebolehan pelajar tersebut. Selain itu, guru dapat membentuk sikap yang positif dalam diri pelajar apabila mereka saling tolong menolong dalam membantu pelajar lain yang kurang berkebolehan dalam aktiviti berkumpulan. Hal ini dapat meningkatkan kemahiran diri guru tersebut seperti mengurus, berkomunikasi dan membuat kaunseling terhadap pelajar dan seterusnya menilai.


Kesimpulannya, aktiviti pengajaran individu dapat membantu guru dan pelajar perlu mengetahui pencapaian yang dimiliki oleh murid sama ada meningkat atau menurun serta perkembangan perlakuan murid tentang minat, sikap dan nilai mereka terhadap diri, masyarakat dan negara. 



⇒ Rujukan

No comments:

Post a Comment