⇒ Pelbagai Budaya
Satu sistem kepercayaan dan tingkahlaku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok dalam sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosial-budaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam kontek dan budaya yang inklusif (inclusive) dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.
Tujuan Pendidikan Pelbagai Budaya
- Mengajar pelajar mengenali, menerima dan menghargai perbezaan yang wujud kerana budaya, bangsa, kelas sosial, gender, agama,keperluan istimewa(OKU), golongan minoriti dan orientasi seksual.
- Menanam di kalangan pelajar rasa tanggongjawab dan komited kepada tugas dan amanah dalam masyarakat yang demokrasi, saksama dan adil.
- Supaya sedar akan perlu keadilan sosial dalam masyarakat.
Prinsip Pendidikan Pelbagai Budaya
- Kurikulum – isi kandungan, pedagogi, penilaian sesuatu kursus perlu sesuai dengan budaya atau latar belakang budaya. Ini dapat meningkatkan konsep kendiri pelajar supaya mereka sentiasa berminat belajar dalam kelas - ada “local content”
- Kurikulum – melibatkan membuat keputusan, menaakul, KBKK, kemahiran insaniah (soft skills)
- Segala bahan,aktiviti dan pengalaman pembelajaran perlu autentik ( keadaan sebenar dan boleh dialami sendiri oleh pelajar) dan multidimensional (pelbagai sudut) . Ini adalah supaya pelajar benar-benar dapat memahami perbezaan yang wujud di antara etnik dan budaya agar akan timbul rasa tanggongjawab dan hormat-menghormati.
Konsep Pendidikan Pelbagai Budaya
- Seharusnya memberi penekanan kepada kajian tentang etnik – meliputi ciri kolompok pelbagai budaya serta sumbangan mereka kepada masyarakat
- Memberi penekanan kepada kesan penindasan terhadap satu kelompok oleh kelompok lain dan pampasan kepada yang ditindas. Meneliti kesukaran dialami oleh kelompok ditindas serta mengatasi masalah yang dihadapi oleh kelompok ditindas.
- Melihat pendidikan pelbagai budaya sebagai satu proses yang memberi penekanan kepada aspek intrisik sesuatu budaya. Juga terhadap bagaimana budaya mempengarohi P&P. Untuk mendapat pelajar melalui cara yang adil, berintegreti dan tidak bias. Semua boleh dicapai jika P&P setiap kursus perlu ada fakta-fakta sejarah dan peristiwa penting dan menekan usaha untuk memahami keadaan semasa – termasuk tingkahlaku setiap insan.
- Matlamat asas hendaklah untuk membangunkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dapat berfungsi dalam masyarakat pelbagai budaya supaya dapat diwujudkan “keadilan sosial”. Juga dipanggil “cross-culture” atau “multicultural skills” (pengetahuan, kemahiran dan sikap) untuk mengujudkan kesedaran, kefahaman dan penerimaan terhadap segala jenis perbezaan.
- Matlamat penting – mengubah senario pendidikan supaya mendorong rasa hormat terhadap apa jua perbezaan – yang membolehkan semua kelompolk pelbagai budaya mengalami peluang pendidikan yang sama serta keadilan sosial.
- Untuk mendedahkan guru kepada keadaan sosial, politik, dan ekonomi yang sebenar dalam masyarakat pelbagai budaya. Pelajar dapat manafaat jika guru menghormati perbezaan di kalangan mereka.
Guru Pelbagai Budaya Yang Berkesan
Isu-isu Pendidikan Pelbagai Budaya
- Rasis / perkauman
- Diskriminasi /penindasan
- Ketidakadilan sosial
- Menyalahkan mangsa (eg. Menyalahkan mangsa rogol kerana berpakaian menjolok mata)
- Penilaian berat sebelah
- Bahasa dan komunikasi - Dialek ,Bilingual
- Komunikasi tanpa lisan – mengejek, menyindir
⇒ Implikasi Dan Cabaran
- Pendidikan adalah satu proses evolusi yang berubahan secara berterusan.
- Proses ini merupakan satu pengalaman yang mencabar dan membawa tekanan kepada guru
- Bagi menghadapi perubahan ke arah menangani kepelbagaian pelajar secara berkesan dan berkualiti maka latihan dan perkembangan staf guru boleh berlaku dalam tiga kaedah:
⇒ Rujukan
- https://prezi.com/hkrd3omkfkao/pengurusan-pelbagai-budaya/
- Sufean Hussin. (2007). Inovasi dasar pendidikan: Perspektif sistem dan organisasi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
- Wan Hanum Suraya Wan Mohamed. (2015). Pengaruh budaya sekolah, strategi pembelajaran dan efikasi kendiri terhadap pencapaian akademik pelajar tingkatan 4 di Perak. Tanjong Malim: Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
No comments:
Post a Comment