Sunday, April 28, 2019

TOPIK 8 : STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN

STRATEGI MENGURUS BILIK PEMBELAJARAN



⇒ Unsur Fizikal Dalam Bilik Darjah

Konsep bilik darjah terdahulu sangatlah berbeza dengan konsep bilik darjah sekarang disebabkan oleh pembangunan pendidikan yang semakin luas serta kemajuan teknologi yang berkembang pesat. Secara umumnya, sekarang sebuah bilik darjah di bawah jagaan seorang guru dianggap bilik darjah. Padang sekolah yang digunakan untuk pelajaran pendidikan jasmani juga dianggap bilik darjah kerana adanya guru dan pelajar. 

Kesimpulannya, apabila terdapatnya guru dan pelajar di tempat tersebut untuk melakukan proses pengajaran dan pembelajaran, maka tempat tersebut akan dianggap sebagai bilik darjah. 



Pada dasarnya, sebuah bilik darjah secara fizikalnya dilengkapi dengan kerusi, meja palajar, meja guru, papan hitam, alat bantu mengajar dan dua puluh hingga tiga puluh pelajar dalam satu-satu kelas. Oleh itu, penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan ini dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran. Keselesaan pelajar adalah keutamaan guru. Hal ini demikian kerana sekiranya pelajar tidak selesa dengan persekitaran sekeliling, proses PdP tidak akan berjalan dengan lancar. Pelajar akan terganggu yang menyebabkan mereka tidak mendapat input pembelajaran yang diajar oleh guru sepenuhnya. Sebagai contohnya, sebanyak empat puluh pelajar ditempatkan di dalam satu bilik darjah yang kecil. Hal ini akan mengakibatkan pelajar tidak selesa kerana sukar untuk bergerak dan melakukan sebarang aktiviti yang diarahkan. 

Justeru, guru haruslah bijak dalam mengurus bilik darjah agar pelajar dalam sesebuah bilik tersebut mendapat keselesaan yang sepenuhnya serta proses PdP dapat berjalan dengan lancar sekaligus mewujudkan bilik darjah yang efektif dan berkesan.


⇒ Rujukan

No comments:

Post a Comment