Sunday, April 28, 2019

TOPIK 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN



⇒ Konsep Pengajaran
  • Pengajaran merupakan suatu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan memberikan maklumbalas. 
  • Tujuan pengajaran ialah untuk menyebarkan ilmupengetahuan atau kemahiran tertentu kepada pelajar. 
  • Corak pengajaran banyak berubah mengikut perkembangan semasa.
Matlamat Pengajaran

- Matlamat pengajaran ialah bagi melahirkan insan yang seimbang dan                          harmonis, berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia.
- Keberkesanan pengajaran dinilai berdasarkan sejauh mana objektif                              pengajaran dapat dicapai melalui proses pengajaran yang dilaksanakan.
- Oleh itu, proses pengajaran hendaklah dirancang dengan baik seterusnya                    dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Persediaan Sebelum Mengajar
  1. Penulisan persediaan mengajar 
  2. Persediaan ilmu pengajaran dan isi pelajaran diajar.
  3. Persediaan bahan pengajaran.
  4. Persediaan peralatan pengajaran.
  5. Persediaan ruang pengajaran.
  6. Persediaan kemahiran dalam pengajaran.


Objektif Pengajaran
⇒ Pelaksanaan P&P

Set Induksi
  • Langkah permulaan dalam proses P&P.
  • Guru perlu merancang permulaan pengajaran yang baik yang dapat menarik perhatian dan minat murid. 
  • Mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. 
  • Jangka masa yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit. 
  • Teknik – soal jawab, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan, gambar atau bunyi.

Penyampaian isi (Perkembangan)

- Guru menyampaikan isi kandungan sebenar kepada murid.
- Guru perlu merancang beberapa langkah yang berurutan, disusun dengan                    baik dengan mencatat anggaran masa (tempoh) yang sesuai.
- Langkah-langkah yang dirancang ada kaitan dengan objektif yang dicatatkan.



Penutup

- Penutup boleh dilakukan melalui suatu rumusan atau kesimpulan. 
- Dua jenis kesimpulan untuk menamatkan pengajaran iaitu kesimpulan 

  kognitif dan kesimpulan sosial. 
  • Kesimpulan kognitif - Kesimpulan untuk mengukuhkan segala pelajaran yang telah dipelajari. Perhatian diberi kepada isi kandungan penting yang telah dipelajari. 
  • Kesimpulan Sosial - Memberitahu pelajar yang mereka sudah berjaya dan penghargaan harus diberikan kepada mereka. 

Refleksi Pengajaran

- Refleksi atau muhasabah dibuat selepas guru selesai melaksanakan                              pengajaran.
- Kekurangan dan kelemahan dalam pengajaran perlu dibaiki dalam pengajaran              akan datang.
- Antara aspek refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas, penglibatan                    murid, dan keazaman guru bagi membaiki pengajarannya.



⇒ Kajian Tindakan

Pengenalan
  • Guru-guru seharusnya sentiasa bersedia membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran demi meningkatkan prestasi mereka.
  • Antara usaha yang boleh dilakukan ialah dengan menjalankan kajian tindakan terhadap keberkesanan aktiviti P&P. 
  • Kajian tindakan boleh dijadikan sebagai cara “to investigate questions about their practice and to develop workable solutions that improve learning by all” (McNiff, Lomax, & Whitehead, 1996). 
  • Kajian tindakan yang dilakukan bukanlah bertujuan membuat generalisasi melainkan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru berkaitan (Lomax & Zoe, 1995). 
  • Tujuan kajian tindakan ialah sebagai renungan/refleksi kepada aktiviti P& yang sedia ada dan amat tertumpu kepada penyelesaian masalah di bilik darjah. 

Empat Peringkat Kajian Tindakan

Peringkat 1: Tinjauan (mengenal pasti apakah masalah yang cuba
diselesaikan atau proses peningkatan prestasi)
Peringkat 2: Perancangan (merancang apakah tindakan/intervensi yang
ingin dijalankan)
Peringkat 3: Pelaksanaan/Pemerhatian (menjalankan tindakan/ intervensi
yang telah dirancang)
Peringkat 4: Renungan/Refleksi (menjalankan refleksi berkenaan tindakan/
intervensi yang telah dijalankan


⇒ Rujukan

No comments:

Post a Comment