⇒ Disiplin
Disiplin ialaih peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang murid di sekolah bagi mewujudkan tingkahlaku yang baik. Kesanggupan seseorang murid menghormati dan mematuhi kehendak undang-undang/peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama ada suka atau pun tidak. Suatu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan-amalan yang dikehendaki (Foucault 1977). Disiplin juga membawa maksud perkara-perkara yang wajar diikuti oleh murid iaitu proses mendidik dan membolehkan seseorang melakukan sesuatu dengan sempurna. Terdapat berbagai cara disiplin dijalankan :
- Mengadakan jadual waktu
- Buku kedatangan
- Perhimpunan
- Pakaian seragam
- Peperiksaan
⇒ Teori Punca Salah Laku Pelajar
Jenis-jenis Devian
Punca Devian
1. Kelas Sosial
- Latar belakang budaya keluarga mempengaruhi pelajar kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga.
- Sesetengah tingkah laku mereka adalah bertentangan dengan apa yang dikehendaki sekolah.
- Misalnya pelajar dengan latar belakang kelas sosial rendah dikatakan membawa nilai-nilai seperti kekasaran, menunjuk-nunjuk, kekuasaan, tidak mementingkan kelulusan akademik, lebih mementingkan ganjaran yang cepat, dan ingin segera menceburi sektor pekerjaan bagi mendapat wang.
- Kesannya mereka melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti lepak dan sebagainya.
2. Jantina
- Kajian menunjukkan devian lebih banyak dilakukan oleh pelajar lelaki seperti merokok, berjudi, membuli, ponteng, samseng, dan vandalisme.
- Pelajar perempuan sering dikaitkan dengan kesalahan melibatkan cara berpakaian, bersolek, vandalisme dan berpasangan.
- Puncanya dikaitkan dengan bentuk sosialisasi berbeza antara pelajar lelaki dan perempuan sejak kecil lagi.
- Pelajar lelaki semenjak kecil lagi diasuh supaya menjadi maskulin sementara pelajar wanita menjadi feminin.
- Sifat kelelakian yang kasar juga mempunyai kaitan dengan kelas sosial pelajar di mana pelajar lelaki daripada kelas sosial rendah didakwa cenderung bertingkah laku devian berbanding pelajar lelaki kelas sosial atas.
- Selain itu, hubungan rakan sebaya jantina yang sama akan mempengaruhi tindakan devian secara berkumpulan
⇒ Prosedur Disiplin Dan Salah Laku
- Pendekatan dalam menangani salah laku umumnya adalah berasaskan teguran, nasihat, dan kaunseling. Pendekatan ini dianggap menepati ciri-ciri moraliti moden seperti yang dinyatakan oleh Durkheim.
- Walau bagaimanapun, pembentukan disiplin tanpa unsur hukuman terhadap salah laku adalah bercanggah dengan usaha pembentukan individu untuk berfungsi dalam masyarakat.
- Sekolah sebagai masyarakat mikro seharusnya mempunyai ciri-ciri yang terdapat dalam masyarakat makro. Dlm masyarakat makro terdapat berbagai-bagai hukuman: penjara, buang daerah, hukuman gantung.
- Tanpa pendedahan mengenai bentuk hukuman terhadap kesalahan dalam masyarakat, pelajar mungkin tidak sedar akan akibat buruk perbuatan salah laku mereka.
⇒ Rujukan
- https://www.scribd.com/document/349968105/Definisi-Tingkah-Laku-Devian
- Ang Jit Eng. (2007). Pengurusan disiplin murid. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.
- Periakka Rengaya Chinaya. (2016). Pengurusan tingkah laku murid pendidikan khas. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment