Sunday, April 28, 2019

TOPIK 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

KEPIMPINAN ORGANISASI


⇒ Kepimpinan
  • Satu proses mempengaruhi aktiviti kumpulan dalam usaha menetapkan dan seterusnya mencapai matlamat organisasi (Stogdill 1950).
  • Satu proses di mana seorang individu secara konsisten memberi lebih banyak impak terhadap sifat dan aktiviti kumpulan berbanding orang lain(Kellerman 1984).
  • Satu proses memujuk atau mempengaruhi di mana pemimpin atau kumpulan pemimpin mempengaruhi para pengikut untuk mengambil tindakan yang menjurus kepada pengukuhan matlamat pemimpin dan matlamat bersama (Sergiovanni 1989)

Gaya Kepimpinan


Kepimpinan Pengajaran

• Turut dikenali sebagai kepimpinan instruksional, kepimpinan kurikulum,                         kepimpinan pendidikan 
• Segala tindakan oleh pengetua atau pihak-pihak yang diamanahkan untuk 
   menggalakkan pertumbuhan pembelajaran murid-murid (De Bevoise 1984). 
• Pemimpin pengajaran adalah berkait dengan pengajaran dan pembelajaran                   termasuk pembelajaran profesion perguruan dan juga perkembangan                           pelajar (Southworth 2002). 
• Kebolehan memberi tumpuan kepimpinan, galakan, dan sokongan kepada                     guru dan pelajar untuk mengatasi masalah dan memperbaiki serta                               mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah                                         (Abdul Ghani, Abd. Rahman, Mohammed Zohir 2008)


Ciri-ciri Kepimpinan Pengajaran
  • Merangka dan menjelaskan matlamat kepada komuniti sekolah. 
  • Mengurus kurikulum. 
  • Memantau kemajuan pelajar. 
  • Mengawal waktu pembelajaran. 
  • Keterlibatan. 
  • Menggalakkan peningkatan profesional. 
  • Memberi insentif.

Kepimpinan Bilik Darjah

- Kemahiran guru untuk mengurus diri sendiri dan berkomunikasi 
  dengan orang lain. 
- Keupayaan untuk menyampaikan visi kepada murid-murid dan 
  meyakinkan mereka supaya mengikut visi tersebut (Hook dan Vass 2000)

Ciri-ciri Kepimpinan Bilik Darjah
  • Membina kefahaman dan visi (diri dan pelajar) 
  • Menyampaikan visi kepada pelajar dengan berkesan 
  • Menilai hasil kerja, t/laku pelajar 
  • Mencungkil potensi pelajar 
  • Mencipta persekitaran pembelajaran menggalakkan

⇒ Organisasi

Organisasi dianggotai oleh sekumpulan individu yang bekerja bersama-sama ke arah mencapai matlamat yang sama. Organisasi sebagai satu unit sosial yang mengandungi manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat setiap manusia itu dan organisasinya. Organisasi juga merupakan himpunan individu (dua atau lebih) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja, yang diselaraskan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.

Struktur Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • KPM ialah organisasi yang mengurus dan mentadbir sistem pendidikan negara.
  • Struktur dan organisasi KPM dibentuk berdasarkan kepada sistem politik danpentadbiran negara. Sistem pendidikan di Malaysia merupakan sistempendidikan berpusat.
  • Struktur organisasi KPM adalah sangat besar, namun secara ringkasterbahagi kepada lima peringkat iaitu;
  • Eksekutif
  • Pengurusan
  • Penyeliaan
  • Teknikal
  • Pelaksana



⇒ Pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia
  
                                                            Menteri Pendidikan Malaysia
                                                                 YB Dr Maszlee Malek

                                                            Timb. Menteri Pendidikan
                                                                 YB Teo Nie Ching

⇒ Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia

                                                            Ketua Pengarah Pelajaran
                                                       YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin



Jabatan Pendidikan Negeri
  • Diketuai oleh Pengarah Pendidikan Negeri (Pendaftar) dan dibantu oleh dua orang Timbalan Pengarah. 
  • Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan program-program, projek-projek, dan aktiviti pendidikan dalam negeri masing-masing. 
  • Bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengarah Pelajaran. 
  • Di Sarawak dan Sabah, Pengarah Pendidikan Negeri bertanggungjawab kepada Ketua Menteri

Pejabat Pendidikan Derah
  • Memberi khidmat nasihat kepada pengetua/guru besar 
  • Membantu sekolah berkaitan perkembangan kurikulum 
  • Mengenal pasti guru-guru yang perlu menghadiri kursus 
  • Membantu Lembaga Peperiksaan dalam urusan peperiksaan. 
  • Kemasukan murid ke sekolah dan pertukaran murid.

    ⇒ Rujukan
    • https://leaderonomics.com/bm/artikel/perilaku-pemimpin-dan-gaya-kepimpinan
    • A.L.Ramaiah. (1999). Kepimpinan Pendidikan-Cabaran Masa Kini(edisi baru). Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd
    • Moejiano Imam. (2002). Kepimpinan dan Keorganisasian. Jogakarta: UII Press
    • Shahril @ Charil Marzuki. (2001). Ciri-ciri kepimpinan pengetua / guru besar berkesan yang dapat menghadapi cabaran dan harapan pada abad ke-21 ini. Pemimpin, 1(1)

    No comments:

    Post a Comment