Komponen Pengurusan Penasihat Murid
⇒ Bimbingan
Konsep Bimbingan
- Bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia.
- Tujuannya adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri (Crow & Crow 1960).
- Satu proses menolong individu untuk memahami diri dan alam sekelilingnya (Shertzer & Stone 1971).
- Proses yang profesional dan bersistematik yang bertujuan untuk menolong individu melalui pendidikan (Mathewson 1962).
- Suatu konsep yang berkaitan dengan cara membantu orang lain atau suatu usaha menyediakan pengalaman untuk membantu pelajar memahami diri (Amla et al. 2006).
- Bimbingan diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian yang bijak.
- Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka.
- Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan.
- Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan.
- Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya.
- Bimbingan yang diberikan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya
⇒ PENASIHATAN
Konsep Penasihatan
- Memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat (Zuraidah 1994).
- Nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna (Gibson & Mitchell 1999).
- Nasihat ialah ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal (Kamus Dewan).
Ciri-ciri Penasihatan
- Berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah.
- Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan.
- Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.
⇒ Proses Bimbingan Dan Penasihatan
FASA 1: Kesedaran Guru Sebagai Pembimbing Dan Penasihat Pelajar
- Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar.
- Mereka perlu disedarkan tentang kepentingan perkhidmatan bimbingan dan penasihatan sebagai pengelola dan sumber rujukan pelajar.
FASA 2: Menguasai Kemahiran-kemahiran Asas Bimbingan Dan Penasihatan
- Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas.
- Antara kemahiran-kemahiran yang dicadangkan iaitu;
- Antara kemahiran-kemahiran yang dicadangkan iaitu;
- Penguasaan kemahiran-kemahiran ini boleh dijalankan secara berperingkat
- Kemahiran perkembangan personaliti
- Kemahiran melayan dan kemahiran mendengar
- Kemahiran lisan (verbal) dan bukan lisan (non verbal)
- Kemahiran mengenal pasti pelajar yang bermasalah
- Kamahiran asas teori dan teknik kaunseling dalam proses menolong.
dan merupakan asas menjadi guru pembimbing yang berkesan.
FASA 3: Proses Mengenali Pelajar
- Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan dan penasihatan.- Secara umumnya, pelajar yang memerlukan bimbingan ini dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu :
- Pelajar yang datang secara sukarela
- Pelajar yang di bawah pemerhatian
- Pelajar yang dikenalpasti sendiri oleh guru-guru sebagai memerlukan bimbingan melalui pemerhatian dan diagnosis
FASA 4: Proses Membimbing Pelajar
- Secara khususnya, pelajar akan dibimbing melalui tiga cara iaitu menjalankan bimbingan secara individu, bimbingan secara kelompok dan juga konsultansi yang melibatkan ibu bapa.
- Oleh kerana pelajar memerlukan perhatian yang khusus, guru pembimbing lebih dapat mendekati pelajar melalui bimbingan secara individu kerana pelajar merasakan dapat diberi perhatian sepenuhnya oleh guru.
- Manakala bimbingan kelompok melibatkan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah yang sama seperti program yang berbentuk motivasi, kemahiran pelajar, dan personal.
- Terdapat enam tahap dalam proses membimbing pelajar, iaitu:
FASA 5: Analisis Penilaian
- Fasa ini melihat keberkesanaan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan.
- Hasil analisis ke atas pelajar dibahagikan kepada dua kategori iaitu berjaya dibimbing atau tidak berjaya dibimbing.
- Keputusan dari fasa ini akan dijalankan ke dalam fasa berikutnya jika perlu.
⇒ Mentoring
Konsep Mentoring
- Mentoring mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu (mentor) dengan individu atau sekumpulan individu (mentee) bertujuan meningkatkan tahap professionalisme mantee.
- Mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus dan mengarahkan (Fletcher 2000).
- Dalam konteks pendidikan, mentoring adalah gabungan melatih (coaching), kauseling, dan penilaian mentor untuk membantu mantee mendalami perkembangan professional.
- Mentor ialah individu berpengalaman/berpengetahuan dalam sesuatu bidang manakala mantee adalah individu/sekumpulan individu yang ingin maju dalam bidang berkenaan.
Ciri-ciri Mentoring
- Mementingkan perkembangan personal dan professional mentee yang berterusan
- Untuk memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif.
- Bertindakbalas terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mantee.
- Bertimbang rasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan.
- Menerima kesilapan yang boleh diterima dan yang tidak.
Proses Mentoring
- Berikan masa dan tingkatkan usaha supaya terbina perhubungan yang dikehendaki.
- Mentor dan mentee perlu menggunakan masa yang sesuai untuk mengenali satu sama lain supaya timbul rasa saling mempercayai.
- Jika ini berlaku dengan baik maka proses mentoring akan menjadi satu aktiviti yang mudah dan bermakna.
PROSES 2: Merundingkan Persetujuan/ Perjanjian
- Langkah seterusnya adalah untuk mentor dan mantee sama-sama menjana persetujuan/ perjanjian yang perlu dilaksana dan dipatuhi oleh mereka semasa sesi mentoring.
- Perjanjian meliputi penyediaan jadual untuk sesi mentoring, mengenalpasti batasan serta cara dan teknik mentoring.
- Wujudnya perjanjian bersama ini akan mewujudkan perhubungan yang harmoni.
PROSES 3: Perkembangan Professional Mantee
- Merupakan langkah utama mentoring kerana melibatkan fungsi dan peranan mentoring itu sendiri.
- Pada ketika ini, kedua-dua mentor dan mentee perlulah menentukan matlamat, mentoring, menjana senarai latih-tubi dan aktiviti mentoring supaya matlamatnya tercapai.
- Pada ketika ini juga, perlu ada usaha untuk mewujudkan perhubungan yang harmoni dan berterusan antara mereka.
PROSES 4: Menamatkan Perhubungan
- Proses mentoring berakhir apabila matlamatnya tercapai di mana ia dinilai oleh mereka yang berkenaan.
- Perhubungan mentoring hendaklah berakhir dengan tahap pencapaian positif iaitu satu transformasi berperingkat kepada perhubungan yang kasual.
- Mentoring tidak sepatutnya berakhir tiba-tiba. Dalam kes tertentu pula , perhubungan mentor-mantee akan berkembang kepada sesuatu yang lebih kekal.
⇒ Rujukan
- Pengurusan Bimbingan & Kaunseling. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2002.
- Zuraidah Abdul Rahman. (2011). Kaunseling dalam pengurusan. Selangor: Marshall Cavendish.
- Puteri Hayati Megat Ahmad. (2017). Kemahiran dan pengurusan kes-kes kaunseling. Kota Kinabalu: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.
No comments:
Post a Comment