Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.
Mengurus rekod murid ini merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru. Pengurusan rekod murid dikaitkan dengan aktiviti mencatat bidang pengurusan yang bertanggungjawab untuk menjaga, bersistematik mengawal penciptaan, penerimaan, penggunaan dan ciri rekod termasuklah proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod.
Terdapat beberapa perkara yang harus dipertimbangkan semasa menghasilkan rekod iaitu tujuan, aspek, perincian dan juga pertimbangan yang praktikal. Rekod murid yang dibuat harus dilindungi dan dijaga dengan baik kerana mengandungi maklumat yang boleh memberitahu guru mengenai persekitaran setiap anak muridnya. Rekod yang ingin dibuat juga perlu dibuat dengan rapi dan sistematik kerana sistem rekod murid yang baik akan dapat membantu guru untuk merancang sistem pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan efisien.
⇒ Konsep kesediaan pelajar
Keadaan dalam diri sendiri yang ada pada seseorang yang bersedia dan berkebolehan untuk memperolehi sesustu pengalaman pembelajaran yang baru
Jenis kesediaan belajar
Kesediaan belajar bergantung kepada kelengkapan diri sendiri dari segi perkembangan mental, sikap, emosi dan fizikal.
Faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar
- Pengalaman
- Prinsip kepada proses pengajaran dan pembelajaran
- Membantu pelajar menguasai isi pelajaran
MENTAL
↓
FIZIKAL
↓
EMOSI
↓
SOSIAL
Masalah perbezaan kesediaan belajar
⇒ Memotivasikan Pelajar
Konsep Motivasi - Tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri
- Akan membangkitkan respond untuk mencapai tujuan yang ingin dicapai pada akhirnya
- Bantuan daripada guru menyebabkan murid sentiasa berusaha bersungguh -sungguh
Hubungan Motivasi Murid dan Pembelajaran
Murid motivasi Rendah
|
Murid Motivasi Tinggi
|
· Aktiviti berbentuk tidak mencabar.
· Tidak peduli tentang prestasi diri.
· Pasif dan malas dalam pembelajaran.
|
· Aktiviti sentiasa berbentuk mencabar.
· Sentiasa menyemak prestasi diri.
· Kritis dan kreatif dalam pembelajaran
|
Teknik Motivasi
Cara Guru Meningkatkan Motivasi Pelajar
1. Persekitaran P & P
- menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif untuk pelajarnya.
- tentukan sasaran dan taraf pencapaian akademik yang perlu dicapai oleh pelajarnya.
- tentukan penglibatan pelajar2 dalam semua aktiviti pembelajaran di dalam atau di luar kelas
- mewujudkan suasana tolong menolong antara pelajar.
- mendorong pelajar lemah untuk meningkatkan pencapaian kerja mereka
- Rahil Mahyuddin. (2002). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Shah Alam: Karisma Publications.
- Mok Soon Sang. (2001 ). Psikologi Pendidikan Semester 1.
No comments:
Post a Comment